News

Check out market updates

1f

6 SEBAB PENTINGNYA BELI RUMAH DI USIA MUDA

Mungkin di kalangan anda masih tertanya- tanya kenapa pentingnya beli rumah di usia muda ini. Oleh itu, saya ingin kongsikan penulisan kali ini dengan anda beberapa sebab pentingnya beli rumah pada usia yang muda! Jom baca..

  1. Pelaburan Jangka Panjang

Seperti semua sedia maklum bahawa hartanah adalah salah satu platform dimana merupakan pelaburan yang bagus untuk kita praktikkan.Sebagai contoh, saya katakan anda membeli hartanah hari ini berjumlah RM100,000. Tak mustahil dalam masa 5-10 tahun akan datang rumah itu boleh mencecah dua kali ganda harga anda beli dulu dan menjadi RM200,000++. Tetapi ianya juga bergantung kepada lokasi hartanah tersebut. Dan perlu kita tahu juga ianya adalah pelaburan jangka panjang, bukan harini beli dalam berapa minggu meningkat beratus ribu. Ianya perlu kesabaran untuk kita grow value rumah kita.

2. Peluang Tambah Pendapatan

Beli rumah pada usia muda semangat cari duit tinggi & banyak masa terluang. Dari disiakan begitu sahaja, baik cari jalan untuk tambah pendapatan. Lupakan sahaja pelaburan yang boleh bagi untung yang tidak masuk akal. Selain pelaburan melalui sewaan, teknik flipping sangat popular untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dari keuntungannya.

3. Pembiayaan Mudah Lulus

Beli rumah pada usia yang muda pembiayaan yang dilakukan mudah lulus kerana di usia muda komitmen untuk membuat pembiayaan dan meminjam masih kurang. Tidak besar komitmen seperti bila berusia komitmen lebih banyak ke arah keluarga dan anak-anak.

Di sini pentingnya untuk mengawal nafsu untuk membuat pinjaman atau hutang yang boleh membuatkan status kewangan kita tidak stabil.

4. Tempoh Pinjaman Maksimum

Bila kita membeli rumah, ada dua pilihan yang kebanyakan daripada kita akan guna sama ada beli secara cash ataupun beli secara loan/pembiayaan daripada bank. Lazimnya, orang akan guna pilihan yang kedua iaitu dengan beli rumah menggunakan loan. Ye la kan nak beli rumah ratus ribu by cash susah nak kumpul modal sebesar itu. Maka alternative loan daripada bank semasa usia muda adalah yang paling terbaik dan kebanyakan bank memberikan tempoh pinjaman maksimum selama 35 tahun. Untuk pengetahuan anda bank hanya bagi pinjaman sampai had maksimum umur 70 tahun sahaja. Lebih dari itu, bank tak akan biayai.

Jadi sebagai contoh, anda beli rumah pada usia 25 tahun. Maka tempoh pinjaman anda boleh berlanjutan hingga ke usia 60 tahun. Kalau anda beli masa usia 40 tahun.  Bank cover selama 30 tahun sahaja sebab nak cukupkan had maksimum umur (70 tahun tadi).

5. Keselamatan Keluarga Terjamin

Beli rumah di usia muda keselamatan isteri & anak-anak akan lebih terjamin bila miliki rumah sendiri. Bagi si bujang inilah modal terbaik untuk dapat jodoh cepat. Hah.. Bakal mak mertua mana tak suka bila dapat bakal menantu dah miliki rumah untuk anak daranya. Pastinya keselamatan dan tempat berteduh sudah terjamin akan meyakinkan bakal mertua & menjadi modal di majlis meminang nanti.

6. Harga Hartanah Semakin Meningkat

Bandingkan harga hartanah sekarang dan dulu pada tahun 2000. Jauh berbeza kan? Oleh kerana hari demi hari harga bahan binaan semakin meningkat, rumah pun semakin mahal. Maka jika diberi peluang dan ruang, ada rezeki lebih, modal beli rumah yang cukup belilah hartanah pada usia muda.

Haa beli rumah di usia yang muda adalah keputusan yang bijak.

Jadi itu sahaja penulisan saya kali ini. Stay tuned untuk penulisan yang seterusnya!

Kongsikan pada rakan-rakan anda biar kita sama-sama dapat manfaat daripada secebis ilmu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.