Saya, Zeffarina Binti Zainal Abidin adalah Perunding Hartanah Berdaftar dengan Legacy Real Property Sdn Bhd dengan No pendaftaran REN 61158.
Berlatar belakangkan pengalaman dalam bidang pemasaran hartanah dan telah membantu ramai pemilik hartanah untuk menjual hartanah mereka.
Kini saya diamanahkan sebagai ‘Real Estate Negotiator” di Legacy Real Property Sdn Bhd.
Saya bersedia untuk membantu anda mendapatkan hartanah idaman anda dan juga untuk menjual hartanah anda.
Kami akan kongsikan hartanah yang sesuai dengan kemampuan anda.
Saya Puan Zeffarina merupakan seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Hartanah Berdaftar) dan telah terlibat dalam bidang hartanah dalam menguruskan hartanah korporat, jual beli rumah untuk pasaran sekunder (subsale), jualan rumah baharu dari pemaju dan seorang pelabur hartanah.
Dari pengalaman tersebut, saya telah terlibat dengan segala jenis hartanah iaitu tanah, lot banglo, rumah teres setingkat atau dua tingkat, apartment, kondominium, perumahan kos rendah, rumah kedai, pejabat dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Sebagai seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Hartanah Berdaftar), saya perlu bersikap profesional dan tertakluk pada akta dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).
Sebagai ejen hartanah saya berperanan memberi khidmat nasihat tentang urusan hartanah jenis rumah, apartment, kondominium, rumah kos rendah, lot kedai, tanah dan kilang.
Saya berpengalaman menguruskan beratus unit hartanah di seluruh Kelantan.
Seorang ejen hartanah tertakluk kepada pematuhan akta dan undang-undang dari pihak kerajaan serta dipantau oleh Lembaga Penilai dan Pentaksir Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).
Semua urusan dalam servis saya adalah menurut peruntukan sedia ada agar hartanah anda dapat diurus dengan baik tanpa kecuaian atau salah laku.
Sebenarnya, untuk menjual rumah tidaklah mudah dan memerlukan kemahiran dan masa. Rumah yang dipasarkan pula, perlu bersaing dengan ratusan malahan ribuan rumah lain. Masalah mungkin akan timbul dan ianya akan mengecewakan anda.
Biar saya uruskan untuk anda semua ini. Saya menawarkan khidmat nasihat dan servis yang profesional. Anda pula boleh teruskan untuk fokuskan masa anda untuk perkara yang lebih penting terutama keluarga dan kerjaya.